Tuntutan bersaingan Wright bersaudara

Banyak tuntutan pernah dibuat sebelum Wright bersaudara berhasrat untuk memperoleh anugerah penerbangan pertama yang terkawal, berkuasa, dan dapat dikekalkan (dari masa berlepas sehingga mendarat) bagi sebuah kenderaan yang lebih berat daripada udara (atau kelainan-kelainan yang mempunyai perbezaan kecil dalam pengelasan ini). Sila lihat Mesin penerbangan pertama. Sebenarnya, banyak tuntutan telah dibuat selepas kejayaan penerbangan Wright bersaudara yang pertama, dan percubaan untuk mengetepikan pencapaian-pencapaian mereka telah dibuat atas dasar teknik, seperti penggunaan landasan pelancaran dan tarbil, serta ketiadaannya roda-roda Flyer.

Sebilangan percubaan itu termasuk enjin-enjin yang amat berkuasa atau yang amat ringan, rekabentuk-rekabentuk sayap yang mempunyai setakat keberkesanan, keupayaan untuk meluncur (menukarkan kelajuan ke depan menjadi pengangkat), dan mekanisme kawalan. Wright bersaudara mempatenkan sistem kawalan tiga paksi yang menggunakan:

  • sayap peledingan (kemudian digantikan dengan aileron);
  • reka bentuk sayap yang amat cekap untuk berat kapal terbang mereka;
  • enjin yang cukup ringan dan yang mempunyai kuasa untuk memeliharakan penerbangan yang stabil; serta
  • sistem yang berkesan untuk menukarkan kuasa enjin menjadi tujahan (kipas)

membenarkan kapal terbang mereka mempunyai mutu yang amat berbeza dengan sebarang mesin penerbangan sebelum ini. Gabungan kesemua ciri ini dilihatkan dalam generasi-generasi kapal terbang Wright bersaudara yang berikut, dan termuncul buat pertama kali dalam reka bentuk Flyer. Bagaimanapun, perbalahan tentang perhargaan untuk rekaan kapal terbang telah diwujudkan oleh kerahsiaan Wright ketika paten mereka sedang disediakan, serta oleh kebanggaan negara-negara.

Terdapat banyak perdebatan tentang adakah penerbangan-penerbangan Wright bersaudara yang awal berterbang dengan cukup tinggi untuk mengelakkan kesan bumi. Sebilangan pengulas juga memerhatikan bahawa penerbangan-penerbangan Wright bersaudara yang awal biasanya hanya diterbangkan menghadapi hala angin untuk membantu pengangkat. Sebenarnya, naik terbang di hala angin kemudian menjadi amalan yang piawai untuk penerbangan untuk sebab yang sama: jarak untuk naik terbang dapat dipendekkan kerana kapal terbang memperoleh lebih banyak pengangkat.

Lagi satu sumber serangan adalah bahawa sebilangan penciptaan semula Flyer tidak dapat berterbang. Kejadian-kejadian ini biasa disebabkan oleh ketidakmampuan untuk mengetahui kesemua perincian reka bentuk dan binaan Wright bersaudara dengan tepat, serta untuk menduplikasi keadaan-keadaan penerbangan. Ciri-ciri khusus yang mungkin Wright bersaudara sendiri pun tidak tahu dan yang amat penting untuk membolehkan penerbangan telah hilang; umpamanya oktana untuk bahan api yang digunakan, dan perincian-perincian penerbangan kecil yang memberikan kesan yang tidak seimbang kepada keupayaan untuk berterbang.

Selepas penerbangan-penerbangan Kitty Hawk dalam keadaan-keadaan berangin, Wright bersaudara mengembangkan tarbil yang dikuasai oleh berat di Ohio untuk membantu pecutan permulaan. Kaedah pelancaran ini telah menjadi satu sumber perbalahan untuk sebilangan serangan terhadap tuntutan Wright bersaudara. Sebilangan orang menganggap bahawa sesuatu kapal terbang yang tidak berupaya naik terbang dengan kuasa sendiri tidak boleh dianggap sebagai kapal terbang yang benar.

Sebenarnya, Flyer II naik terbang tanpa menggunakan tarbil, dan berterbang berdozen kali pada musim bunga dan musim panas 1904. Tempat-tempat yang sedia ada untuk Wright bersaudara tidak sesuai untuk roda-roda ataupun naik terbang yang memerlukan jarak yang panjang. Oleh itu, mereka terpaksa menggunakan landasan dan kemudiannya tarbil untuk memberikan kesempatan yang lebih baik untuk naik ke udara dan mempelajari bagaimana untuk berterbang. Penggunaan peranti-peranti ini amat menyingkatkan masa yang diperlukan untuk mengembangkan kawalan kapal terbang yang boleh diharap, serta untuk membuat penerbangan benar yang melibatkan pusingan, bulatan, dan angka lapan.

Sebuah kapal terbang yang lebih berat daripada udara mungkin pernah naik ke udara sebelum kapal terbang Wright bersaudara, tetapi tidak mempunyai kawalan yang berkesan. Flyer Wright bersaudara merupakan mesin penerbangan praktik yang pertama, dengan gabungan ciri yang tidak pernah digunakan sebelum itu tetapi sebaliknya, yang telah digunakan untuk semua kapal terbang yang kemudian: sayap-sayap yang cekap, kawalan tiga paksi, sistem yang berkesan untuk menjanakan kuasa dan menukarkan kuasa itu menjadi tujahan, serta sebuah sistem naik terbang.